Saturday 12 November 2011

Dendrobium species ID

Species Dendrobium Sp 




Saya kurang pasti tentang species ini kami jumpa di sempadan Thailand pada sesiapa yang arif tentang species ini sudilah kiranya berkongsi ID.

Species or Hybrid

From Thailand





Dendrobium Hybrids Orchid A

Dendrobium Hybrids







Coelogyne pandurata

Species Coelogyne Pandurata




Coelogyne Pandurata Lindley 1853 SECTION Vcrrucosae Pfitzer & Kraenzlin
Saiz Bunga : 7.5 cm
Asal Species : Malaysia,Sumatra,Borneo dan Philippines
Kehidupan Species : 700 meter DPL
Ketahanan Bunga : 10 hingga 15 hari atau lebih bergantung pada keadaan cuaca.

Species Coelogyne Pandurata ini saya perolehi dari seorang rakan di sabah.dan dikirimkan untuk saya sebagai koleksi pada 22 june 2008. species ini saya jaga dan pertama kali berbunga pada 16 November 2008.ketika itu cuma ada 6 ubi saja dan saya biakan didalam pasu. sekarang telah pun di pindahkan kehabitat asal di pokok rambutan dikampung. yang tinggal cuma 10 ubi didalam pasu sebagai tatapan harian setelah penat bekerja seharian. Saya amat meminati species Dendrobium dan Coelogyne.

Dendrobium Hybrids Orchid B

Dendrobium Hybrids








Vanda Sp





Dendrobium species ID

Dendrobium Species ID




Ini Salah satu Koleksi Dndrobium tampa ID. yang berada di kampung pada rakan yang tahu tentang ID species ini diharap dapat berkongsi sedikit maklumat.tk

In situ Orchid Species

In-situ Orchid Species






Antara Orchid Species yang dipindahkan ke habitat asal di kampung.
Pokok yang paling sesuai untuk pembiakan adalah pokok rambutan.

Dendrobium Ypsilon

Species Dendrobium Ypsilon





Dendrobium Ypsilon Seidenf.1985 SECTION.Pedilonium
Saiz Bunga : 2 cm
Asal Species ditemui : Thailand
Kehidupan Species : (hot Growing)
Ketahanan Bunga : 5 hingga 10 hari begantung pada keadaan cuaca

Species Dendrobium Ypsilon ini saya perolehi dari seorang rakan di sabah.dan sampai ketangan saya pada 30 September 2007. Pada mulanya species ini saya letakan di dalam pasu dan telah membiak begitu banyak pada beberapa tahun yang lalu.saya telah kembalikan species ini ke habitat asal pada 22 Ogos 2008. cuma yang tinggal 1 pasu saja dirumah buat tatapan dan koleksi saya selebihnya ada dibiakan dikampung. ini adalah Gambar terbaru pada 7 November 2011 species Dendrobium Ypsilon yang telah dipindahkan kehabitat asal di kampung sejak Ogos 2008.

Dendrobium species ID

Dendrobium Species ID



Ini Salah satu species Koleksi saya yang masih lagi belum pasti tentang maklumat species ini.ketika saya peroleh species ini di Gunung Pulai Johor pada 10 September 2006 saya terus bawa balik ke kampung dan diletakan di atas pokok memandangkan tiada tempat yang sesuai di rumah saya di bandar. ini Gambar terbaru pada 7 November 2011 ketika kami pulang ke kampung.

Dendrobium Anceps

Species Dendrobium Anceps




Dendrobium Anceps SW.1800 SECTION Aporum
Saiz Bunga : 1.25 cm
Asal Species : Bangladesh,Nepal,Bhutan,Myanamar,Thailand,Laos,Cambodia dan Vietnam
Kehidupan Species : 200 - 1400 meter DPL
Ketahanan Bunga : 5 hingga 10 hari atau lebih

Species Dendrobium Anceps ini saya perolehi dari seorang rakan di kulai Johor. mengikut cerita beliau perolehi species ini di Gunung Pulai Johor. saya menjaga species ini sejak 24 july 2007 dan telah di pindahkan ke habitat Asal di kampung. ini Gambar terbaru sejak di pindahkan ke habitatnya.gambar ini di ambil pada 7 November 2011 ketika pulang ke kampung.

Liparis Lacerata

Species Liparis Lacerata




Liparis Lacerata Ridl.1886 SECTION Cestichis
Saiz bunga : 1 cm Panjang 18 inci
Asal Species : Chaina,Malaysia,Burma,Borneo dan Sumatra
Kehidupan Species : 600 meter DPL (lowland)
Ketahanan Bunga : 10 hingga 15 hari atau lebih 

Species Liparis lacerata ini saya perolehi ketika mendaki Gunung Pulai Johor besama rakan.species ini banyak terdapat disana dan ada juga species dendro,eria dan macam-macam lagi.saya mula menjaga species Liparis lacerata ini pada 3 April 2006.dan masih lagi dijaga sehingga sekarang. sebahagian lagi telah pun dipindahkan kehabitat asal di kampung, seperti didalam gambar diatas. gambar ini diambil pada 7 November 2011. Apa yang menarik tentang species ini ianya rajin berbunga tampa musim.

Dendrobium species ID

Dendrobium Species ID