Wednesday, 26 October 2011

Vanda Tessellata

Species Vanda Tassellata





Vanda Tessellata (Roxb.)Hook.1850 SECTION Longicalcarata
Saiz Bunga : 5cm
Asal Species ditemui : China,Himalaya,India,Bangladesh,Nepal,Sri lanka dan Myanamar.
Kehidupan Species : 1500 meter DPL

Saya perolehi species Vanda Tessellata ini dari seorang rakan di thailand dan di kirimkan pada saya 25 June 2010. Apa yang dikhabarkan Species Vanda Tessellata ini berasal dari Nepal.dan dibawa ke thailand oleh PEMILIK Asal. dan sekarang berada dimalaysia dalam jagaan saya. Species Vanda Tessellata ini telah berbunga untuk keli ke tiga. yang terbaru pada 23 October 2011.yang anda saksikan di dalam gambar di atas.

Tuesday, 18 October 2011

Dendrobium Platygastrium

Species Dendrobium Platygastrium




Dendrobium Platygastrium. Rchb.f.1878 SECTION Platycaulon
Saiz Bunga : 3 cm
Asal Species :Philippines,Papua new Guinea dan Solamon Island
Kehidupan Species : 1200 meter DPL
Ketahanan Bunga :5 hingga 15 hari bergantung pada keadaan cuaca

Saya perolehi species Dendrobium Platygastrium ini pada 25 December 2008 dan saya tidak mempunyai sebarang maklumat tenteng species ini dari mana ianya berasal.

Dendrobium Bellatulum

Species Dendrobium Bellatulum





Dendrobium Bellatulum Rolfe 1903 SECTION formosae
Saiz Bunga : 2.3 hingga 4.5 cm
Asal Species : Himalaya,China,Thailand dan Vietnam
Kehidupan Species : 700 hingga 2100 meter DPL
Ketahanan bunga : 5 hingga 10 hari begantung pada keadaan cuaca

Species Dendrobium Bellatulum ini saya perolehi dari seorang rakan yang menetap di sempadan Thailand-Malaysia di Perlis. saya tunggu agak lama juga species ini sampai ke tangan saya. beliau memberi tahu saya bahawa species ini dibawa masuk dari Vietnam ke Thailand. species ini sampai ke tangan saya pada 16 october 2007. yang menarik species ini kecil lebih kurang 4 in pada setiap satu batang pokok.saya masih lagi menjaga species ini sehinggalah sekarang.

Monday, 17 October 2011

New Orchid Species ID

New Orchid Species ID






New Orchid Species ID

New Orchid Species ID











Species ini saya jumpa di puncak bukit putus besebelahan Gunung Angsi di Negeri Sembilan